Hair Transplant adalah satu prosedur perubatan untuk membolehkan kawasan yang sudah tiada rambut atau belum pernah ada rambut, tumbuh rambut dan menambahkan kuantiti rambut.

Ia melibatkan folikel rambut diambil dari bahagian belakang dan sisi kepala dan memindahkannya ke kawasan yang nipis atau botak. Pada asasnya, Ia adalah penempatan semula atau pemindahan rambut sedia ada anda, kami mengambil rambut dari tempat yang mempunyai lebih banyak dan meletakkannya di tempat yang anda perlukan.

Ia adalah penyelesaian yang sempurna untuk kebotakan kerana ia menggunakan rambut anda sendiri.

Adakah Rawatan Pemulihan Rambut ini Selamat?

Rawatan Pemulihan Rambut atau Hair Trasnsplant ini adalah selamat apabila ia dilakukan oleh di Klinik dan oleh Doktor yang berpengalaman. Ini anda boleh pastikan dengan membaca profile Dr Ruz. Proses ini  tidak memerlukan suntikan intra-vena atau inta-muscular tetapi hanya bius setemapt dikulit.

Manakah lebih baik FUE atau FUT?

Pemeriksaan oleh Doktor yang melakukan Hair Transplant diperlukan untuk menentukan anda calon yang sesuai untuk FUE atau FUT. Dari segi estetik dan kosmetiknya, FUE lebih menjadi pilihan kerana tiada kesan parut yang kelihatan sebagaimana dengan teknik FUT.

Adakah tanam rambut atau Hair Transplant ini menyakitkan?

Ramai yang terkejut kerana apabila mendapati proses ini tidak menyakitkan seperti yang digambarkan. Sedikit rasa tidak selesa mungkin berlaku apabila ubat bnius disuntik di kulit . Setelah dibius dengan betul, proses ini tidak memberi rasa sakit. Selepas proses ini selesai, rasa tidak selesa mungkin berlaku dan ubat tahan sakit pil akan diberikan untuk menghilangkan rasa tidak selesa tersebut. 

Bila rambut yang saya tanam akan tumbuh?

Rambut akan alami fasa keguguran dalam 3 bulan pertama. Selepas itu ia akan mula tumbuh perlahan-lahan. Secara umumnya setelah 6 bulan anda akan nampak 60% rambut sudah tumbuh, dan selebihnya akan tumbuh lagi dalam tempoh 18 bulan.

Apa itu tanam rambut atau Hair Transplant?

Hair Transplant adalah satu prosedur perubatan untuk membolehkan kawasan yang sudah tiada rambut atau belum pernah ada rambut, tumbuh rambut dan menambahkan kuantiti rambut. Ia melibatkan  folikel rambut diambil dari bahagian  belakang dan sisi kepala dan memindahkannya ke kawasan yang nipis atau botak. Pada asasnya, Ia adalah penempatan semula atau pemindahan rambut sedia ada anda, kami mengambil rambut dari tempat yang  mempunyai lebih banyak dan meletakkannya di tempat yang anda perlukan. Ia adalah penyelesaian yang sempurna untuk kebotakan kerana ia menggunakan rambut anda sendiri.