Hair Transplant atau Tanam Rambut : Hukum dan pendapat Ulama” berkaitan topik ini.

Hair Transplant atau Tanam Rambut : Hukum dan pendapat Ulama'.

Hair Transplant atau Tanam Rambut : Fatwa Majlis Kebangsaan malaysia dan pendapat Ulama sedunia.

Kebotakan adalah satu masalah yang terutamanya  berlaku kepada lelaki berbanding perempuan. Banyak punca yang menyebabkan kebotakan yang membawa kepada diagnosis yang berlainan terhadap setiap punca dan patofisiologi kebotakan.Bagaimanapun kebotakan yang biasa berlaku adalah “Kebotakan Lelaki Berbentuk” atau “Male Pattern Baldness” yang mempunyai nama lain sebagai “Male Androgenic Alopecia” atau “Kebotakan Lelaki berkaitan hormon Androgen”.

Sebelum saya membincangkan lebih lanjut tentang masalah kebotakan manusia pada masa akan datang, disini saya ingin memulakan Blog perbincangan ni dengan hukum Agama Islam terhadap salah satu rawatan masalah kebotakan iaitu “Rawatan Penanaman Rambut” atau “Hair Transplant”.

Dengan perkembangan kemajuan teknologi perubatan, Rawatan Penanaman rambut kini lebih digemari, dengan hasil yang lebih baik dan komplikasi selepas rawatan yang lebih baik dan terkawal. Pun begitu, bagi mereka yang beragama Islam seperti saya mesti mengambil tahu hukum terhadap rawatan ini.

Ijtihad Ulama’ dunia terutamanya daripada timur tengah dan yang berasal daripada sana memberikan 2 ijtihad iaitu:

Hair Transplant atau Tanam Rambut : PENDAPAT PERTAMA: MENGHARAMKAN
Diantara ulama yang mengeluarkan fatwa ini adalah Syeikh Abdur Rahman Abdul Khaliq dan Dr Yusuf al-Ahmad.

Dalil Pengharaman:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَعَنَ اللَّهُ الوَاصِلَةَ وَالمُسْتَوْصِلَةَ

“Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya…”(HR. Bukhari 5933)

Hair Transplant atau Tanam Rambut : PENDAPAT KEDUA: MENGHARUSKAN
Ini adalah pendapat kebanyakan ulama masa kini yang terdiri Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qarahdagi ketua Jabatan Fekah dan Usul  Fekah Universiti Qatar, Dr Muhammad Uthman Syaibir, Dr Muhammad as-Syed Dusuqi di www.islamiconline.net , Dr Muhammad as-Sartawi, Dr Muhammad al-Hajji al-Kurdi www.islamic-fatwa.net dan ulama-ulama yang lain.

Dalil Mengharuskan:

  1. Menanam rambut tidak termasuk daripada perkara menyambung rambut yang diharamkan.
  2. Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan,

والظاهر أن المحرم إنما هو وصل الشعر بالشعر لما فيه من التدليس واستعمال المختلف في نجاسته وغير ذلك لا يحرم لعدم هذه المعاني فيها وحصول المصلحة من تحسين المرأة لزوجها من غير مضرة والله أعلم

“Pendapat yang kuat bahwa Yang diharamkan ialah menyambung rambut dengan rambut, karena terdapat tadlis (penipuan) dan menggunakan sesuatu yang masih diperdebatkan kenajisannya. Adapun selain itu, maka tidak diharamkan, karena tidak mengandung makna ini (tadlis dan najis), juga adanya maslahah untuk mempercantik diri kepada suami dengan tidak mendatangkan madharat/bahaya. Wallahu a’lam” [ Al-Mughni, 1/107, Darul Fikr, Beirut, 1403 H, syamilah]

  1. Menanam rambut tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.

            Sebagaimana diketahui bahwa kita dilarang merubah ciptaan Allah dalam batas-batas yang sudah ditentukan syariat seperti pembedahan  ganti kelamin yang dilarang dalam Islam. Rawatan tranplantasi rambut (Menanam rambut sendiri) bukanlah mengubah ciptaan Allah akan tetapi ia termasuk penyembuhan yang  mengembalikan ciptaan Allah dalam bentuk yang sebagaimana Allah ciptakan.

Terkait dengan hal ini berikut fatwa syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah tentang rawatan transplantasi rambut

Pertanyaan:

تتم زراعة شعر المصاب بالصلع ، وذلك بأخذ شعر من خلف الرأس وزرعه في المكان المصاب ، فهل يجوز ذلك ؟

Terdapat terapi penanaman rambut dengan sempurna terhadap seseorang yang mengalami kebotakan iaitu dengan cara mengambil rambut dari bagian belakang kepala dan menanamkannya pada bagian kepala yang botak, apakah hal itu dibolehkan? 

Jawaban:

نعم يجوز ؛ لأن هذا من باب ردّ ما خلق الله عز وجل ، ومن باب إزالة العيب ، وليس هو من باب التجميل أو الزيادة على ما خلق الله عز وجل ، فلا يكون من باب تغيير خلق الله ، بل هو من رد ما نقص وإزالة العيب ، ولا يخفى ما في قصة الثلاثة النفر الذي كان أحدهم أقرع وأخبر أنه يحب أن يرد الله عز وجل عليه شعره فمسحه الملك فردَّ الله عليه شعره فأعطي شعراً حسناً .

Iya, hukumnya BOLEH, kerana termasuk bab mengembalikan sesuatu yang telah diciptakan Allah dan juga termasuk menghilangkan aib, dan tidak termasuk mempercantik  diri dan juga bukan menambah sesuatu yang telah diciptakan Allah ‘Azza wa Jalla, sehingga hal itu tidak termasuk merubah ciptaan Allah melainkan mengembalikan sesuatu yang kurang serta menghilangkan aib. Terdapat dalam sebuah kisah mengenai tiga orang manusia, di mana salah seorang dari mereka kepalanya botak dan ia menuturkan bahwa ia merasa senang; jika Allah ‘Azza wa Jalla mengembalikan rambutnya, kemudian malaikat mengusapnya, sehingga Allah mengembalikan rambutnya dan ia diberi rambut yang bagus. – [ Fatawa Ulama Baladil Haram hal. 1185]

Hadis yang dimaksudkan adalah kisah tiga orang yang botak, sopak dan buta yang dikembalikan kesihatan mereka semula, berikut potongan hadisnya:

إن ثلاثة في بني إسرائيل أبرص وأقرع وأعمى ، فأراد الله أن يبتليهم ، فبعث ملكا … ، فأتى الأقرع فقال : أي شيء أحب إليك؟ قال : شعر حسن ، ويذهب عني هذا الذي قذرني الناس ، قال : فمسحه ، فذهب عنه قال : وأعطي شعرا حسنا.

Maksudnya: “Sesungguhnya 3 orang dikalangan bani Israel yang tediri dari sisopak, sibotak dan sibuta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat …. (diringkaskan) … Malaikat tadi bertanya “Apa yang paling engkau sukai?” Sibotak menjawab “Rambut yang cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandang jijik kepada ku.” Lalu malaikat menyapu kepalanya, lalu hilang botak pada kepalanya dan diberikan rambut yang cantik…”(Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

  1. Sesungguhnya menanam rambutadalah satu cara untuk mengubat botak. Botak adalah perkara yang mengaibkan. Berubat adalah perkara yang dituntut oleh Syara’ seperti hadis berikut:

عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا وما هو يا رسول الله ،قال الهرم

Maksudnya: “Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua” (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

  1. Hadis bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam,merawat rambut :

Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُكْثِرُ دُهْنَ رَأْسِهِ وَتَسْرِيْحَ لِحْيَتِهِ وَيُكْثِرُ الْقَنَاعَ حَتَّى كَأَنَّ ثَوْبَهُ ثَوْبُ زَيَّاتٍ

Rasulullah sering meminyaki rambutnya dan menyisir jenggotnya dan sering memakai tutup kepala, hingga bajunya seperti baju penjual minyak“. [HR Baihaqi dan Syarhu As Sunnah, no. 3.164]

 

Hair Transplant atau Tanam Rambut : Keputusan Fatwa di Malaysia

  1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 – 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.
  1. MAJLIS FATWA WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan fatwa yang selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan dengan syarat-syarat yang sama. Berikut adalah link rujukan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/irsyad-fatwa-umum/1434-irsyad-al-fatwa-ke-150-hukum-menjual-menderma-dan-menanam-rambut.

  1. JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga telah mengeluarkan fatwa membolehkan dengan syarat tertentu. Berikut adalah teksnya:

“Rawatan tanam rambut dan janggut dibolehkan jika memenuhi syarat yang dinyatakan, iaitu:

  1. Mempunyai maslahah (kepentingan) untuk diri yang melakukannya.
  2. Tidak menyebabkan penipuan identiti.
  • Tidak memberikan kemudaratan kepada diri dan harta.

https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/219-fatwa-berkaitan-sulam-bedak-tanam-rambut-dan-janggut

  1. JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR
    1. Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor juga telah mengeluarkan fatwa HARUS dengan teksnya seperti berikut:

“Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan.”

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/hukum-menanam-rambut-di-kepala/

Fatwa Musabaqah Islamiah juga mengharuskan Transplantasi rambut dengan teksnya :

لا مانع شرعاً من زراعة الشعر لمن احتاج لذلك بسبب الصلع العادي أو المرض، ولا مانع كذلك من علاجه بالأدوية الطاهرة المباحة ما لم يترتب عليها ضرر يلحقه بسببها،

“Tidak ada Larangan dalam syariat terapi menanam rambut bagi mereka yang membutuhkan, baik disebabkan karena bawaan atau penyakit. Tidak ada larangan juga menggunakan obat-obatan selama tidak ada bahaya setelahnya.” (http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=59015)

Bagaimanapun Musabaqah Islamiyah turut berfatwa bahawa rambut yang ditanam tetap adalah rambut buatan sehingga tidak terkira dalam ibadah, sebagai contoh dalam perkara mencukur rambut ketika haji adalah tidak dituntut memendekkan rambut yang ditanam. Teksya adalah seperti berikut:

أما في الحج فإن المرء لا يطالب بحلق ولا تقصير ذلك الشعر الاصطناعي وإنما عليه أن يحلق أو يقصر ما على رأسه من الشعر الطبيعي فقط.

“Adapun dalam haji, maka sesorang tidak dituntut untuk mencukur habis atau memendekkannya. Karena rambut tersebut adalah rambut buatan. Yang dicukur habis dan yang dipendekkan adalah rambut asli saja.” (http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&lang=A&Id=8518)

Dr Ruz Hair Transplant

Jika anda mengalami masalah ini dan terganggu dengannya, kami sedia membantu, hubungi atau whatsapp kami di +6010-3819800 untuk maklumat lanjut atau whatsapp kami di link ini.

 Rujukan:

  1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menanam-rambut-di-kepala
  2. Fatawa Ulama Baladil Haram
  3. http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=59015
  4. http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&lang=A&Id=8518
  5. http://muslimafiyah.com/hukum-menanam-rambut-untuk-terapi-kebotakan.html
  6. http://saidinhasnam.blogspot.com/2010/08/23-syaaban-1431-h-oleh-akhisalman.html
  7. http://ummuzayd.blogspot.com/2013/03/hukum-menanam-rambut-di-kepala.html
  8. Hair Restorative Surgery in Asian, D. Pathomvanich. K.Imagawa, Springer 2010.
  9. https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/hukum-menanam-rambut-di-kepala/
  10. https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/219-fatwa-berkaitan-sulam-bedak-tanam-rambut-dan-janggut
  11. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/irsyad-fatwa-umum/1434-irsyad-al-fatwa-ke-150-hukum-menjual-menderma-dan-menanam-rambut.

Dr Ruz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *